
PELINDUNG PERIBADI KULIT ANDA
Pencipta: Prof. Liau Liang Chu
Kulit merupakan organ yang paling luas meliputi manusia. Kesihatannya memberi kesan yang besar kepada rupa dan imej seseorang. Kulit yang hodoh dan tidak sihat bukan sahaja mempengaruhi penampilan seseorang malah keyakinannya terus terjejas.
Nutrimoist adalah krim serbaguna terunggul dirumus khas dari bahan-bahan semulajadi untuk kulit yang bermasalah. Nutrimoist membekalkan nutrien dan air kepada kulit serta merangsangkan metabolisme sel, menyingkirkan tisu tua, tisu mati dan tisu rosak, dapat mengekalkan kelembutan kulit, mendorong pengaliran darah, menghilangkan pigmen dan kedut disamping mengaktifkan set-sel agar kulit cantik dan sihat.
Selain menjaga kesihatan kulit Nutrimoist juga berupaya melegakan masalah-masalah seperti berikut:-
1. Kesan selaran matahari
Sapukan dengan banyak pada kulit terkena selaran matahari, bengkak atau mengelupas untuk melegakan ketegangan dan mengembalikan seri dan keanjalan kulit.
2. Melecur
Melecur api, minyak atau air panas, wap panas, tercalar atau terkena asid. Sapukan krim dengan banyak untuk menyejukkan bahagian yang tercedera. Gunakan berulang kali.
3. Luka jerawat, luka pisau atau melecet
Hentikan pendarahan dan sapukan krim pada luka untuk mendorong metabolisme sel-sel kulit membekalkan nutrien tambahan, meningkatkan daya ketahanan dan mencegah jangkitan luar. Sapukan beberapa kali untuk mengelakkan daripada terbentuknya parut yang ketara.
4. Kulit merekah
Kulit merekah adalah disebabkan pendedahan kerap kepada pencuci pakaian atau syampu rambut. Boleh dicegah dengan menggunakan Nutrimoist secara kerap. Nutrimoist bertindak melindungi kulit daripada kesan menghakis bahan pencuci disamping melembapkan kulit dan mendorong metabolisme sel-sel kulit.
5. Sengatan lebah atau gigitan serangga
Sapukan pada gigitan atau sengatan untuk menghilangkan bengkak dan memulihkan kesihatan tisu kulit.
6. Gatal kulit atau bengkak
Cuci bahagian terlibat terlebih dahulu dengan air suam dan sapukan Nutrimoist dengan rata untuk menghilangkan kegatalan. Masalah bengkak dan sakit yang tidak tentu puncanya boleh ditangani dengan menyapukan Nutrimoist pada bahagian terlibat. Sapukan setiap 4 jam untuk kesan terbaik.
7. Kurap atau kudis yang degil
Urut bahagian yang terlibat hingga hangat. Cuci dan sapukan Nutrimoist secara rata padanya dengan kerap setiap hari.
8. Ruam lampin
Cuci bahagian terlibat dengan air suam dan sapukan Nutrimoist secara rata padanya dengan kerap setiap hari.
9. Penyakit 'Athlete Foot'
Cuci bahagian terlibat dan keringkan. Sapukan Nutrimoist padanya beberapa kali sehari.
10. Buasir, prolaps rektum
Cuci bahagian terlibat dan sapukan Nutrimoist padanya sebelum tidur untuk kesan yang terbaik.
11. Sakit kepala, ketakcernaan, kembung perut.
Sapukan pada bahagian terlibat, urut perlahan-lahan selang beberapa minit.
12. Sengal-sengal sendi atau letih
Sapukan pada bahagian terlibat dan urut serta picit untuk menghilangkan sakit dan keletihan.
13. Parut pembedahan, kesan regangan kulit
Sapukan pada parut serta kesan regangan kulit dan urut secara lembut. Parut dan garis-garis yang hodoh akan hilang secara beransur-ansur.
14. Radang kelenjar parotid (beguk)
Sapukan dengan banyak pada bahagian terlibat dan disekitarnya. Berhenti menggunakannya dengan serta merta jika kulit kelihatan kering dan merekah atau kesan panas dirasai.
Disamping masalah diatas Nutrimoist juga dapat melegakan 'frost-bite' terseliuh, kecederaan sendi, bengkak, sakit gigi, sengal-sengal tulang dan pelbagai penyakit atau masalah kulit.
1 comment:
Hello
Post a Comment