Sunday, June 22, 2008

ROYAL GINKGO




Apa itu Ginkgo?

Ginkgo adalah antara pokok tertua di dunia dan telah wujud semenjak 300 juta tahun dahulu. Sepohon ginkgo boleh hidup hingga 1000 tahun. la amat resistan/tahan terhadap serangan serangga, bakteria, virus, pencemaran dan penuaan.

Daun ginkgo digunakan sebagai ubat tradisional semenjak 5000 tahun dahulu bermula di China dan telah berkembang penggunaannya di serata dunia. Produk ini semakin mendapat perhatian di eropah semenjak 30 tahun kebelakangan ini.

Penyelidikan moden mengenai kandungan daun ginkgo telah dilakukan di Jerman 40 tahun lalu dan pada tahun 1994, ia menjadi herba no.1 yang diberikan oleh doktor di Jerman. Produk ini disahkan selamat dan berkesan oleh Jabatan Kesihatan Persekutuan Jerman. Pada tahun yang sama, ia adalah herba yang kelima yang terlaris jualannya di Amerika Syarikat.

Kandungan
1.) Daun Ginkgo
2.) Royal Jelly

Keistimewaan Royal Ginkgo CNI
Setiap biji mengandungi 30ml pati ginkgo iaitu bersamaan 1500mg daun ginkgo dan 40ml royal jelly dan diadun bersama untuk memberi kesan maksimum.

Kebaikan Ginkgo
1) Mengembangkan saluran darah dan meningkatkan keupayaan pengaliran darah dari/ke setiap tisu di seluruh tubuh sehingga urat saraf dengan lebih baik.
2) Menghalang pengumpulan platlet berlebihan. Oleh itu risiko pembentukan darah beku yang mungkin menyebabkan serangan jantung, angin ahmar dapat dikurangkan.
3) Anti pengoksidaan yang aktif terutama terhadap superoksida radikal bebas.
4) Kandungan bilobalida mengandungi bahan pelindung sistem saraf.

Manfaat ginkgo terhadap tubuh kita

Anggota Kesan
Otak Menambahkan pengaliran darah dan oksigen kepala ke otak. memperbaiki daya ingatan, meningkatkan kuasa tumpuan, memperkuatkan daya berfikir dan fungsi mental seperti lebih awas, Mengurangkan masalah nyanyuk.

Sistem Kardiovaskular Mengurangkan kolestrol, mengawal tekanan darah, memperbaiki peredaran darah, mengurangkan risiko serangan jantung dan angin ahmar, mengurangkan kepekatan dan kemungkinan pembekuan darah.

Mata Melindungi retina daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang menyebabkan mata menjadi kabur dan boleh membawa kepada buta

Telinga Melegakan masalah bunyi berdesing di telinga (tinnius) dan pening (vertigo)

Tangan dan kaki Membantu masalah kebas ditangan dan kaki, mengurangkan masalah bengkak, membantu masalah tangan dan kaki sejuk, membantu masalah sengal, lenguh-lenguh, kekejangan terutama di bahagian lutut dan ke bawah.


Sasaran Pasaran
1) Masalah urat saraf
2) Buasir
3) Ulser perut dan usus
4) Alahan
5) Masalah buah pinggang
6) Senggugut
7) Kecederaan di kepala
8) Asma
9) Masalah kardiovaskular
10) Angin ahmar
11) Paras kolestrol tinggi
13) Sengal-sengal sendi
12) Darah tinggi
14) Mencegah masalah penglihatan
15) Lemah tenaga batin bagi lelaki

Peraturan pengambilan
1 biji, 2/3 kali sehari sebelum makan. Tambahkan 2/3 biji jika masalah ketara. Keasliaan kandungannya menyebabkan ia berasa agak pahit. Royal ginkgo boleh diambil bersama dengan ubat tetapi jarak pengambilan antara kedua-duanya sekurang-kurangnya 2 jam.

Berapa lamakah Untuk melihat kesannya?
Kesan Royal Ginkgo berbeza antara individu. Kebanyakan pengamal mengalami kesan yang nyata sehingga 4-6 minggu.

Kesan Tindakbalas
Pada umumnya kebanyakan kes tiada kesan tindakbalas. Walau bagaimanapun sesetengah individu mengalami sedikit sakit kepala, perut tidak selesa atau ruam dan kesan ini biasanya hilang dalam tempoh 48 ke 72 jam.

No comments: