Sunday, June 22, 2008

RJ INTIMATE WASH




Membersih Melindungi Menyegarkan


PENGENALAN

Di antara usia baligh hingga mencapai menopaus, Lactobacillus acidophilus (sejenis bakteria berguna) biasanya ada di vagina untuk menghasilkan asid laktik bagi mewujudkan persekitaran berasid yang dapat menghalang pembiakan bakteria penyebab jangkitan. Walaubagaimanapun, kebersihan diri yang tidak teratur, haid, mengandung, menopaus dan penggunaan sabun berubat / biasa untuk membersih diri akan mengubah atau menjejaskan persekitaran microbial serta keseimbangan pH vagina. Ini seterusnya akan menggalakkan pembiakan bakteria / micro-organisma Berbahaya dan menyebabkan gatal-gatal, iritasi, bau dan jangkitan.

RJ Intimate Wash adalah Formulasi kebersihan harian bebas sabun dan lembut agar anda berasa bersih dan segar sepanjang masa. Pembungkusannya direka dengan ciri pam istimewa yang menukarkan cecair kepada bentuk buih apabila kepala botol ditekan. Ini memastikan campuran cecair dan udara yang jitu bagi menghasilkan buih berkualiti tinggi setiap masa. RJ Intimate Wash diperbuat daripada formulasi semula jadi dengan kandungan pH menyerupai pH vagina, mudah digunakan dan saiznya yang kecil mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

RAMUAN UTAMA

1.) Minyak Zaitun
Lembut kepada kulit, kandungan Omega 3 dan Omega 6 dapat mencegah radang.

2.) Gliserin
Pati semula jadi minyak kelapa sawit untuk menyegar dan melembutkan kulit.

3.) Allantoin
Pelindung boleh melembutkan kulit, menyembuhkan luka dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru.

4.) Asid Laktik
Membekalkan kelembapan, menyahbau dan menyeimbangkan pH kulit.

5.) Haruman Floral (Lavender)
Haruman lembut untuk mengekalkan kesegaran selepas penggunaan.

6.) Fosfolipid
Pati minyak kelapa yang merupakan agen anti bakteria pelbagai tungsi seperti membersih, anti radang dan membekalkan kelembapan kulit.

No comments: